Gambar hiasan
Jadi, untuk kempiskan perut ataupun mengelakkan perut buncit selepas bersalin, anda boleh mengikuti petua di bawah;
1. Memula, anda sediakan bahan-bahan yang diperlukan iaitu kapur sirih (kapur makan), sedikit minyak kayu putih dan sedikit perahan limau nipis.
2. Kemudian, gaulkan ketiga-tiga bahan tersebut hingga rata.
3. Seterusnya, sapukan bahan tadi ke seluruh kawasan perut dan pinggang si ibu juga sampai rata. Setelah ia kering, ikat bahagian perut dan pinggang dengan rapi menggunakan kain lampin bayi.
Anda digalakkan mengulangi proses ini pada setiap pagi dan petang selama 40 hari berturut-turut selepas melahirkan anak. InsyaAllah anda akan merasa kesannya kelak.
Selamat Mencuba!
Memiliki perut yang kempis atau kurang berlemak memang menjadi idaman kebanyakan anda. Sebab ada di antara anda yang dah pun berjaya kempiskan perut setelah mengamalkan petua-petua tertentu. Mesti seronok bila usaha anda tu berhasil, kan?
Tapi, ada gak yang masih belum berjaya mencapai matlamat tersebut. Mungkin anda patut kaji semula mengapa perut anda masih tak kempis-kempis lagi. Mesti ada yang tak kena ni.
Adakah kerana anda tak serasi atau tak mengamalkan sesuatu petua tu secara konsisten? Kalau tak serasi, cuba anda praktikkan pula satu lagi petua kempiskan perut ni.
No comments:
Post a Comment